SHAH ALAM 1 Mac – Seorang saksi hari ini menceritakan bagaimana sekumpulan individu menyerang kereta yang dinaikinya ketika kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25 dekat sini, pada awal pagi 27 November lalu. Saksi ke-19, Chan Wei Jie, 24, berkata, Perodua Kancil yang dinaikinya dan dipandu bapa saudaranya itu mengalami kerosakan teruk antaranya pada bampar depan selain cermin tingkap dipecahkan. Katanya, beliau dan bapa saudaranya dalam perjalanan pulang…










