Ini baru permulaan - Juan Guaido - Utusan Malaysia

Ini baru permulaan – Juan Guaido

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARACAS 6 Mac – Pemimpin pembangkang Venezuela, Juan Guaido berikrar untuk meningkatkan tekanan terhadap Presiden Nicolas Maduro.

Juan Guaido
Juan Guaido 

Guaido, 35, menyatakan perkara itu sebaik sahaja pulang semula ke Caracas meskipun berdepan risiko ditahan pihak berkuasa kerana melanggar larangan perjalanan yang dikenakan ke atasnya oleh mahkamah.

Kepulangannya disambut bagaikan seorang ‘hero’ oleh para penyokongnya.

“Mereka (kerajaan) tidak tahu bagaimana untuk bertindak balas terhadap rakyat.

“Mereka fikir tekanan telah mencapai kemuncaknya tetapi ini baru permulaan,” katanya kepada media di sini.

Di sebalik krisis ekonomi, Venezuela berdepan konflik politik selepas Guaido mengumumkan dirinya sebagai pemangku Presiden pada Januari lalu dan menegaskan Maduro bukan lagi seorang Presiden yang sah.

Mendapat sokongan lebih 50 negara, Guaido mengingkari larangan perjalanan untuk memulakan jelajah selama 10 hari ke negara sekutu di Amerika Selatan bagi mencari sokongan pengusiran Maduro.

Ketika kembali semula ke Caracas kelmarin, beliau disambut puluhan ribu penyokongnya dan semalam Guaido mengadakan pertemuan bersama pemimpin kesatuan sektor awam.

“Kakitangan sektor awam kehilangan hampir semua hak mereka. Kita tidak mempunyai pilihan selain mengadakan mogok,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN