Indonesia hantar balik dua jenazah mangsa bunuh - Utusan Malaysia

Indonesia hantar balik dua jenazah mangsa bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mac – Kerajaan Indonesia telah menghantar balik dua jenazah rakyat negaranya yang menjadi mangsa pembunuhan di Sungai Buloh dekat sini baru-baru ini.

Kedutaan Besar Republik Indonesia Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan, jenazah tersebut telah dihantar menerusi kedutaan tersebut menggunakan pesawat MH 713 hari ini.

Jelas kenyataan itu, setelah tiba di Jakarta, kedua-dua jenazah tersebut akan diserahkan kepada kementerian Luar untuk diserahkan kepada keluarga mangsa masing-masing di Bandung dan Pangandaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sejak awal lagi, kedua-dua negara memberi perhatian serius terhadap kes pembunuhan kejam ini, bermula dari proses padanan asid deoksiribonukleik (DNA) dan cap jari mangsa kepada penghantaran balik kedua-dua jenazah ini.

“Polis dari kedua negara itu juga telah bertukar maklumat mengenai siasatan kes ini. Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited untuk mendedahkan kes ini dengan teliti,” jelas kedutaan itu, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini