JAKARTA 11 Mac – Kerajaan Indonesia menggantungkan kesemua penerbangan pesawat Boeing 737 MAX 8 di negara itu serta-merta sehingga pemeriksaan lanjut dilakukan. Keputusan itu dibuat susulan nahas Ethiopian Airlines dekat Addis Ababa, Etiopia, semalam dan Lion Air di Jakarta Oktober lalu yang melibatkan pesawat model yang sama. Lapor AFP, pihaknya akan melakukan pemeriksaan secara berperingkat ke atas pesawat Boeing 11 MAX 8 bermula esok dan kesemua pesawat itu tidak dibenarkan melakukan penerbangan sehingga mendapat pengesahan daripada pengawal keselamatan. -AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya