Imigresen tahan 31 PATI dalam serbuan di tiga lokasi - Utusan Malaysia

Imigresen tahan 31 PATI dalam serbuan di tiga lokasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 1 Mac – Jabatan Imigresen negeri menahan sebanyak 31 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua wanita dalam serbuan yang diadakan di tiga lokasi di sekitar negeri ini awal pagi tadi.

NAR AZAMAN IBRAHIM
NAR AZAMAN IBRAHIM 

Kesemua mereka yang ditahan merupakan warga asing dari Bangladesh dan Indonesia berusia antara 24 hingga 42 tahun dalam operasi selama lima jam yang berakhir pukul 5 pagi.

Ketua Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Melaka, Nar Azaman Ibrahim berkata, serbuan dibuat hasil risikan dan aduan orang ramai di tiga lokasi tapak pembinaan di Durian Tunggal, Sungai Putat dan Bukit Katil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak kami telah memeriksa sebanyak 230 warga asing dan daripada jumlah itu, 31 pekerja gagal menunjukkan dokumen dan pas perjalanan yang sah.

“Dalam serbuan tersebut, 22 PATI yang ditahan merupakan warga Bangladesh manakala bakinya iaitu 11 orang pekerja warga Indonesia,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengetuai operasi itu di Bukit Katil awal pagi ini.

Menurutnya, kesalahan terbanyak yang direkod membabitkan kes tinggal di negara ini tanpa dokumen yang sah dan menetap melebihi tempoh ditetapkan iaitu dua bulan hingga setahun.

imigresen
SEBAHAGIAN daripada 230 warga asing yang diperiksa dalam operasi Jabatan Imigresen Melaka di sekitar Durian Tunggal, Sungai Putat dan Bukit Katil di Melaka awal pagi ini. – UTUSAN ONLINE

Turut ditahan, sepasang suami isteri yang melanggar syarat pas kerja kerana menjalankan perniagaan, katanya.

Beliau memberitahu, kesemua yang ditahan dibawa ke pejabat jabatan itu untuk proses dokumentasi sebelum dihantar ke Depot Tahanan Machap Umboo, Alor Gajah dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 39b Peraturan- Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1) (c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1963. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini