Iltizam politik pada tahun pertama PH - Utusan Malaysia

Iltizam politik pada tahun pertama PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Mac – Tahun pertama peralihan kuasa daripada pentadbiran lalu merupakan tempoh paling penting untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) menonjolkan iltizam politik.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata, ini berikutan dalam tempoh 365 hari itu rakyat ingin melihat kerajaan baharu melaksanakan perubahan termasuk agenda reformasi penjara yang turut dimasukkan dalam manifesto PH.

Kata anak sulung Ketua Umum PH berkenaan, atas sebab tersebut beliau berharap semua pihak dapat memahami perkara itu dan berusaha melaksanakan secara tuntas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sudah tentu yang kita mahukan pelaksanaan yang tuntas kerana dalam pelbagai perubahan di mana-mana negara ia tercetus oleh pelbagai pihak.

“Kita mesti faham tahun pertama dalam mana-mana peralihan kuasa tahun itu sangat penting kerana tahun tersebut dapat memperlihatkan iltizam politik dapat berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku Anwar Ibrahim: Semangat Darah Muda daripada Zairudin Hashim di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Dalam perkembangan sama, Nurul Izzah meminta semua pihak dapat membantunya dalam pelaksanaan reformasi penjara era Malaysia Baharu ini.

“Bantulah saya mempromosikan reformasi penjara kerana keperluan untuk memberikan keadilan dalam sistem dengan memastikan mereka yang berada di penjara termasuk warden, tenaga yang menjaga dan membangunkan institusi penjara sebagai pusat rehabilitasi itu sentiasa diperjuangkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini