JOHOR BAHRU 31 Mac – Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk diterima sebagai memenuhi syarat bagi tujuan menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG) bukan dilakukan di bawah Kementerian Pendidikan. Justeru, Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, pihaknya tidak boleh memberi maklum balas mewakili Peguam Negara (AG). “CLP (Peperiksaan Sijil Amalan Guaman) bukan di bawah KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia), CLP itu di bawah undang-undang. “Jadi awak tak boleh tanya saya untuk bercakap…









