LONDON 31 Mac – Huddersfield tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris selepas tewas 0-2 kepada Crystal Palace.
The Terriers berhadapan musim kedua yang teruk dan tersingkir menerusi jaringan penalti Luka Milivojevic dan Patrick van Aanholt.
Selain tewas, kejayaan Burnley dan Southampton menyaksikan mereka ketinggalan 19 mata dengan baki enam perlawanan musim ini.
Selepas mendapat tempat di Liga Perdana Inggeris menerusi penentuan playoff 2016-17, Huddersfield berjaya mengelakkan penyingkiran semasa di bawah kendalian David Wagner.
Bagaimanapun, musim ini mereka gagal untuk meneruskan kecemerlangan mereka selepas Wagner meninggalkan kelab itu, Januari lepas ketikan Huddersfield berada di kedudukan ke-17 dengan lapan mata.
Mereka hanya menang satu perlawanan di bawah kendalian pengendali baharu, Jan Siewert dan kini sedang mengintai peluang untuk menampilkan aksi meyakinkan di dalam saingan Liga Kejuaraan musim hadapan.-AGENSI











