KUALA LUMPUR 9 Mac – Ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah 18 (B-18) negara, Bojan Hodak menyenaraikan 22 pemain bagi menghadapi kejohanan bola sepak remaja antarabangsa, Piala Sanix 2019 di Fukuoka, Jepun dari 14 hingga 17 Mac 2019. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan skuad B-18 kebangsaan itu akan berlepas ke Fukuoka esok bagi menghadapi tiga perlawanan peringkat awal menentang Aomori Yamada High School dan Sagan Tuso Youth…










