PARIS 9 Mac. – Bekas pemain tenis No. 1 dunia, Martina Hingis menjadi pemain tenis terbaharu bergelar ibu selepas melahirkan bayi perempuan, kelmarin. Hingis, 38, memberitahu berita gembira itu dalam Twitter dengan memuat naik status dia dan suaminya, Harald Leemann sudah bergelar ibu bapa. “Kami telah bertiga, Harry dan saya teruja untuk mengalu-alukan anak perempuan kami Lia ke dunia, kami sangat bahagia,” tulis bintang Switzerland itu yang bersara daripada sukan…










