Hibah Tabung Haji belum diumumkan - Utusan Malaysia

Hibah Tabung Haji belum diumumkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mac – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof mengesahkan pengumuman mengenai bayaran hibah bagi tahun 2018 kepada para pendeposit belum dibuatkan lagi.

Jelas beliau, Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) akan mengumumkan perkara tersebut dalam tempoh terdekat.

“Belum diumumkan lagi dan akan diumumkan oleh Tabung Haji dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 7 Mac lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui hantaran status dalam akaun Facebook miliknya mempertikaikan bila kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan hibah Tabung Haji.

Jelas beliau, ketika zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN), Tabung Haji telah mengumumkan bayaran hibah tersebut pada hujung Januari atau awal Februari.

Hibah Tabung Haji merupakan hadiah yang diisytihar institusi tersebut berdasarkan konsep Wadiah Yad Dhamanah iaitu kemampuan kewangan Tabung Haji pada tahun semasa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini