Hanya tumpu isu rakyat - Utusan Malaysia

Hanya tumpu isu rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 28 Feb. – Berbanding calon Pakatan Harapan (PH) yang membawakan lima agenda bagi menambat hati pengundi di Semenyih, calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi sebaliknya kekal dengan pendirian untuk hanya mengutamakan isu-isu rakyat.

Jelas Zakaria, sebagai calon yang mewakili kerajaan, Muhammad Aiman memang sewajarnya membawakan kelima-lima agendanya itu.

“PH sudah dua penggal sebelum ini mentadbir Selangor jadi memang patut mereka kena melaksanakannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai pembangkang, sa­ya tidak mahu berjanji apa-apa tetapi hanya mahu membawa permasalahan dan suara hati pengundi mengikut keutamaan,” katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan penduduk yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Semenyih, di sini hari ini.

Sementara itu, jelasnya, berbaki sehari sahaja lagi sebelum hari pengundian Sabtu ini, fokus perjalanan kempen adalah untuk kembali ke beberapa kawasan yang pernah dikunjungi sebelum ini.

“Alhamdulillah, saya rasa sasaran seramai 30,000 pengundi untuk ditemui telah tercapai, kini tinggal untuk pergi semula ke beberapa kawasan tumpuan penduduk seperti di klinik kesihatan dan pasar-pasar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN