Guan Eng kena jaga perasaan orang lain - Utusan Malaysia

Guan Eng kena jaga perasaan orang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH
TINDAKAN
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyifatkan kerjasama UMNO dan Pas sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ ke atas masyarakat bukan Melayu, menimbulkan rasa kurang senang rakyat tanpa mengira kaum.

UTUSAN: Respon Dr. mengenai kononnya kerjasama UMNO dan Pas ibarat perang terhadap masyarakat bukan Melayu?

SENG GIAW: Perkara pokok berkaitan bahasa, bangsa dan agama mesti dijaga. Tiada keperluan bercakap mengenai perkara yang tidak manis. Tidak sepatutnya berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

UTUSAN: Apakah impak kata-kata sebegitu terhadap hubungan kaum di Malaysia?

SENG GIAW: Malaysia adalah sebuah negara majmuk dengan kepelbagaian kaum. Jika tersilap kata yang menyentuh soal sensitif, ia boleh menyinggung kaum lain. Dalam kehidupan masyarakat majmuk, kita mesti pamerkan sikap yang boleh di­terima oleh semua kaum.

UTUSAN: Ketika ini terutama dalam media sosial, soal bangsa dan agama sentiasa menjadi sasaran?

SENG GIAW: Menyentuh isu-isu agama memang mudah untuk menimbulkan masalah. Kita perlu berhati-hati. Boleh lihat banyak negara bergolak kerana hal-hal sensitif dipersoalkan. Kita tidak mahu perang berlaku di Malaysia yang akan menyebabkan semua menderita. Mesti menjaga perasaan orang lain.

UTUSAN: Apa nasihat Dr. kepada Guan Eng?

SENG GIAW: Apa yang saya perkatakan tadi sudah cukup (sebagai nasihat).

UTUSAN: Bagaimana Dr. melihat situasi politik di negara ini?

SENG GIAW: Isu dan masalah politik akan sentiasa timbul dari masa ke semasa. Dengan kemajuan media sosial yang ada ketika ini, sukar untuk menghentikan isu-isu politik. Oleh itu kita perlu sentiasa mencari jalan berunding untuk setiap masalah yang timbul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini