SOALANPenyakit gonorea ialah penyakit yang lazimnya berlaku di Malaysia. Apakah tanda penyakit tersebut dan bagaimanakah cara untuk merawatnya? – MIMI, Kuala Kubu Bharu JAWAPAN Gonorea ialah sejenis penyakit kelamin yang berjangkit melalui hubungan seks, disebabkan oleh jangkitan bakteria Neisseria Gonorrhoeae. Gonorea disebarkan melalui sentuhan pada zakar, faraj, mulut atau dubur mereka yang menghidapinya. Ejakulasi tidak perlu berlaku untuk memindahkan atau merebakkan bakteria kepada orang lain. Gonorea juga boleh dipindahkan daripada ibu kepada bayi semasa proses kelahiran. Mereka yang pernah menghidapi gonorea dan telah berjaya dirawat boleh dijangkiti semula jika melakukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya