RASA gementar mula menyelubungi Dhiya Amani Mohammad Saifol ketika dia mahu memulakan cabaran pada acara Piala Strider di pusat beli-belah MyTown, Kuala Lumpur. Suasana persekitaran yang gamat dengan sorakan penonton membuatkan kanak-kanak berusia tiga tahun itu tidak senang duduk. Bagi mengurangkan debaran, dia membelek-belek basikal imbang Strider berwarna merah jambu yang bakal digunakannya dalam kategori Tiga Tahun. Sesekali dia meminta bantuan bapanya, Mohammad Saifol Saat, 32, untuk membetulkan beberapa komponen…










