PONTIAN 1 Mac – Orang ramai yang berada di Pusat Perdagangan Pontian di sini malam tadi digemparkan dengan insiden kebakaran melibatkan sebuah bot pukat tunda di jeti nelayan. Pegawai Operasi Bomba, Penolong Bomba Kanan II Zamri Surkaseh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.12 malam sebelum 14 anggota bomba dengan dua jentera dikejarkan ke lokasi. Katanya, operasi melibatkan kerjasama antara Balai Bomba Pontian Baru dan Balai Bomba Pontian Jalan…










