KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda utara Sumatera, Indonesia, pada pukul 9.26 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia, dalam kenyataan, memaklumkan gempa dengan kedalaman 51 kilometer (km) itu dilaporkan berlaku di 68km utara dari Nias, Indonesia.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. – Bernama
Memuatkan artikel berkaitan…











