KUALA LUMPUR 27 Mac – Firma Perkhidmatan pembinaan GDB Holdings Berhad (GDB) dilantik sebagai Kontraktor Kerja Prinsipal oleh TRCSB bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan utama dengan nilai kontrak RM135 juta. GDB dalam kenyataannya berkata, kontrak itu merangkumi kerja-kerja seni bina, sivil dan struktur, mekanikal serta elektrik untuk pembangunan bercampur di Ara Damansara, Petaling Jaya. Menurut syarikat itu, fasa pertama pembangunan yang melibatkan usahasama antara Prasarana Malaysia Berhad dan ADS Projek Sdn.…










