Gambar kreatif remaja protes jalan berlubang - Utusan Malaysia

Gambar kreatif remaja protes jalan berlubang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEBERAPA keping foto yang tular di laman sosial Instagram dan Facebook menunjukkan sekumpulan remaja melakukan protes terhadap jalan yang rosak di sebuah daerah di negara jiran, Indonesia.

Para remaja itu bergambar di kawasan lopak air bagi menunjukkan tanda protes terhadap pihak berkuasa tempatan yang tidak memperbaiki jalan raya yang berlubang-lubang di daerah Batumarta, Ogam Komering Ulu, Sumatera Selatan.

Bagaimanapun, aksi yang ditunjukkan oleh remaja itu telah mengundang rasa lucu dalam kalangan pengguna laman sosial ekoran gaya yang dipamerkan mereka sangat unik dan menarik.

Salah satunya ialah gambar yang menunjukkan sekumpulan remaja sedang memancing ikan di dalam sebuah lopak air berlumpur di jalan tersebut. Selain itu, terdapat juga aksi seorang remaja perempuan dilihat berkubang di dalam lumpur.

Antara yang menarik perhatian ialah aksi sekumpulan remaja bertempiaran lari ketika sedang memancing kerana sebuah kereta melalui jalan tersebut.

Gambar-gambar lucu itu telah mengundang rasa geli hati dalam kalangan pengguna laman sosial dan memuji kreativiti yang ditonjolkan oleh para remaja berkenaan yang dilihat menegur secara halus pihak berkuasa tempatan supaya segera memperbaiki jalan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN