Fulham pecat Ranieri - Utusan Malaysia

Fulham pecat Ranieri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 1 Mac – Fulham memecat Claudio Ranieri selepas pasukan itu tewas 0-2 kepada Southampton yang menyaksikan mereka semakin menghampiri zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris.

Bekas pengendali Chelsea yang berjaya membawa Leicester menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim 2015-16 hanya meraih tiga kemenangan daripada 17 perlawanan sejak mengambil alih tugasan pengurus bersama Fulham.

Pasukan itu juga tewas 1-2 kepada pasukan Liga 2, Oldham di pusingan ketiga Piala FA.

Keputusan itu menyaksikan Fulham ada dibezakan dengan 10 mata dari zon penyingkiran dengan baki beberapa perlawanan sahaja untuk musim ini.

Bekas pemain tengah England, Scott Parker akan mengambil alih jawatan Ranieri sebagai pengurus sementara hingga penghujung musim ini.

Slavisa Jokanovic berjaya membawa Fulham ke saingan Liga Perdana Inggeris dan dia melaburkan sejumlah 100 juta pound (RM540.16 juta) untuk membawa masuk pemain seperti Jean Micheal Seri, Andre-Frank Zambo Anguissa, Aleksandar Mitrovic dan Alfie Mawson bagi memperkuatkan pasukan.

Selain itu Fulham turut mendapat khidmat pemain pinjaman seperti Andre Schurrle, Luciano Vietto, Timothy Fosu-Mensa dan Sergio Rico namun hanya berjaya meraih lima mata daripada 12 perlawanan pertama musim ini dan membuatkan Jokanovic dipecat.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN