Fit Malaysia peringkat Selangor rekod 10,000 penyertaan - Utusan Malaysia

Fit Malaysia peringkat Selangor rekod 10,000 penyertaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Lebih 10,000 peserta menyertai program Fit Malaysia 2019, peringkat negeri Selangor, di Dataran Kemerdekaan di sini.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, penyertaan itu membuktikan rakyat Malaysia berminat dengan program berkaitan kesukanan serta menjiwai Malaysia sebagai negara yang bersukan.

“Kehadiran peserta Fit Malaysia adalah signal yang jelas akan komitmen mereka dalam menjalani gaya hidup sihat dan aktif,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program itu hari ini yang turut diadakan acara larian, berbasikal, futsal dan aktiviti kecergasan seperti zumba.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan negeri, Mohd Khairuddin Othman.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, program yang dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu dikendalikan sepenuhnya agensi di bawah kementerian tersebut tanpa membabitkan kontraktor luar. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini