KUALA LUMPUR 30 Mac – Pelakon Fasha Sandha kini sah bergelar isteri kepada kepada aktor, Aidil Aziz.
Menerusi perkongsian secara langsung di Instagram (IG), Tv3 Malaysia, pasangan itu bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.
Sementara itu majlis akad nikah mereka yang berlangsung di Perlis itu juga dilihat dihadiri kaum keluarga terdekat pengantin.
“Alhamdulillah dengan sekali lafaz @itsaidilaziz @fashasandha sah bergelar suami isteri.
“Semoga berbahagia sampai akhir hayat #aidilfasha,” tulisnya.
Merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kedua untuk Fasha pasangan ini juga akan mengadakan sebuah majlis resepsi di Negeri Sembilan di kediaman keluarga Aidil bulan hadapan.
Fasha sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua orang anak, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4.
Pasangan ini juga memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi bulan madu mereka.- UTUSAN ONLINE











