Enrique nafi Morata kurang yakin - Utusan Malaysia

Enrique nafi Morata kurang yakin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VALENCIA 24 Mac – Luis Enrique menafikan bahawa Alvaro Morata kurang berkeyakinan selepas penyerang Sepanyol itu gagal menjaringkan gol ketika mereka menang 2-1 ke atas Norway, awal pagi tadi.

Sepanyol memulakan kempen kelayakan Euro 2020 dengan langkah kanan hasil jaringan Sergio Ramos yang berjaya menyudahkan penalti yang dihasilkan Morata.

Penyerang Atletico Madrid yang dipinjamkan dari Chelsea itu bagaimanapun gagal menjaringkan sebarang gol meskipun memiliki enam percubaan di Stadium Mestalla.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dani Ceballos memberikan Morata peluang terbaik untuk menjaringkan gol antarabangsa pertamanya sejak November 2017 tetapi tandukan penyerang itu tersasar.

“Saya lihat dia dalam keadaan lebih baik berbanding bersama Chelsea.

“Dia sentiasa bermain dengan baik bersama kami tetapi lebih meyakinkan dari segi kawalan bola terutama pada hujung permainan.

“Dia lakukan itu dengan keyakinan. Dia memiliki peluang tetapi tidak cukup bernasib baik.

“Perlawanan yang sempurna, kami cipta banyak peluang. Kami mendominasi Norway dalam pertemuan ini,” kata Enrique.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini