Enam GRO Vietnam ditahan - Utusan Malaysia

Enam GRO Vietnam ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Mac – Polis menahan sebanyak enam gadis pelayan pelanggan (GRO) warganegara Vietnam dalam serbuan Op Noda di premis hiburan di Serdang, dekat sini hari ini.

Ketua Operasi, Asisten Superintenden Rozam Effandy berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

“Selain GRO, kita turut menahan lelaki tempatan yang berperanan sebagai penjaga premis dan dua pekerja lelaki warganegara Bangladesh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan mendapati premis tersebut beroperasi tanpa lesen dan kita turut merampas sebuah televisyen, pemain DVD, mikrofon, beberapa keping bil dan wang tunai berjumlah RM3,204,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua tangkapan disiasat di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Selangor 1995, Seksyen 55B Akta Imigresen, Seksyen 39(b) dan Seksyen 6 (1)(c) Peraturan-peraturan Imigresen 1963. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini