DUBAI 14 Mac – Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala lima lagi cedera dalam kejadian letupan gas di barat daya Iran, hari ini.
Portal Reuters melaporkan, agensi berita tempatan ISNA menyatakan seorang kanak-kanak dan wanita antara mangsa yang terkorban dalam kejadian tersebut.
Pihak berkuasa tempatan, Kiamars Hajizadeh berkata, letupan tersebut berlaku disebabkan kebocoran gas pada saluran paip yang menghubungkan rangkaian gas antara bandar Mahshahr dengan Ahvaz.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Sekurang-kurangnya empat orang termasuk seorang kanak-kanak dan seorang wanita terbunuh dalam letupan tersebut dan lima orang lagi cedera,” katanya.
Media tempatan melaporkan, lima kereta telah terbakar dalam kejadian tersebut. -AGENSI











