Empat gerai berdekatan Pasar Besar Kedai Payang terbakar
 - Utusan Malaysia

Empat gerai berdekatan Pasar Besar Kedai Payang terbakar


Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 27 Mac – Empat peniaga keropok lekor dan makanan ringan kerugian lebih RM50,000 selepas gerai mereka terbakar dalam kejadian berhampiran Pasar Besar Kedai Payang di sini malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu menyebabkan sebuah gerai musnah 100 peratus manakala dua lagi terbakar 50 peratus dan sebuah lagi cuma terjejas 10 peratus bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Difahamkan kebakaran tersebut berpunca daripada tumpahan minyak sewaktu salah seorang peniaga sedang menggoreng keropok lekor.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang mangsa, Ibrahim Abdullah, 64, berkata, ketika kejadian dia keluar untuk membeli air di kedai berdekatan sebelum melihat kepulan asap dan api yang berpunca dari gerainya.

Cemas dengan keadaan itu dia kemudian bergegas ke kedainya dan tidak menolak kemungkinan kebakaran tersebut berpunca daripada rakannya yang menggoreng keropok di gerai miliknya,

“Saya pergi beli air dan masa balik nampak api tetapi tak sempat hendak bawa lari barang,” katanya kepada pemberita. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini