Ejen insurans ditemui mati  - Utusan Malaysia

Ejen insurans ditemui mati 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seorang ejen insuran wanita ditemui mati di dalam sebuah bilik di Pangsapuri Danaumas Seksyen 7 di sini pagi tadi. 

Mayat Rosidah Mohammad, 48, ditemui kira-kira pukul 9.10 pagi dalam keadaan terlentang di biliknya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Ahmad Subhaan Mohamed berkata, berdasarkan maklumat awal mendapati salah seorang anaknya curiga selepas panggilan dilakukan tidak dijawab oleh mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, seramai lapan anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 8.58 pagi.

“Sebaik tiba, didapati pintu rumah dan bilik mangsa berkunci memaksa pihak bomba terpaksa memotong mangga bagi memasukinya.

“Pemeriksaan di bilik rumah itu menemui mangsa dalam keadaan terlentang tanpa berlumuran darah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau menambah, wanita itu disahkan meninggal dunia hasil pemeriksaan pasukan perubatan di lokasi kejadian.

Jelas Ahmad Subhaan, mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pukul 9.20 pagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini