SAUDARA PENGARANG, MESKIPUN terdapat teguran berhubung kanak-kanak bising waktu solat Jumaat di Surau Al-Falah, Pandan Jaya seperti disiarkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia pada 15 Februari lalu, malangnya tidak membawa sebarang perubahan. Pada 1 Mac lalu, sekumpulan kanak-kanak membuat bising dengan bercakap kuat sambil bergurau senda dan ketawa sesama mereka tanpa menghiraukan khatib yang sedang membaca khutbah. Lebih mendukacitakan, perbuatan tersebut berlanjutan hingga mereka ketawa begitu kuat serta bersahut-sahutan meniru…










