Dua sekolah terlibat kes pencemaran sisa kimia ditutup esok - Utusan Malaysia

Dua sekolah terlibat kes pencemaran sisa kimia ditutup esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Dua sekolah yang terjejas ekoran pencemaran bau dipercayai gas metana akibat daripada pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang Khamis lalu ditutup pada esok.

Dua sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih.

Timbalan Pengarah Pendidikan Johor, Azman Adnan berkata, keputusan tersebut diambil hasil mesyuarat khas jawatankuasa bantuan bencana tumpahan sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan maklum balas pelbagai jabatan dan agensi adalah disyorkan SMK Taman Pasir Putih dan SK Taman Pasir Putih ditutup esok. Sekolah dijangka akan dibuka pada Isnin ini.

“Makluman telah disampaikan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang dan dua sekolah terlibat iaitu SMK Pasir Putih dan SK Pasir Putih Pasir, Gudang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Dalam pada itu, Azman memberitahu, pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jabatan dan agensi terlibat, ibu bapa dan seluruh masyarakat yang telah membantu menangani isu bencana yang melibatkan dua sekolah ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini