Dua kakitangan Invoke Malaysia ditahan polis - Utusan Malaysia

Dua kakitangan Invoke Malaysia ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Mac – Polis menahan tiga individu dipercayai memiliki sejumlah dadah jenis ganja dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Taman Mutiara, Jinjang, dekat sini, tengah malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S. Shanmugamoorthy Chinniah berkata, kesemua suspek berusia antara 25 hingga 30 tahun tersebut merupakan kakitangan syarikat Invoke Malaysia Sdn. Bhd. manakala salah seorang daripadanya pernah bekerja di syarikat sama.

“Dua daripadanya bekerja sebagai Pegawai Eksekutif Pemasaran dan pereka grafik di syarikat berkenaan, manakala seorang lagi pernah bekerja di syarikat sama.

“Kita membuat serbuan tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah malam selepas menerima maklumat awam dan hasil pemeriksaan menemukan dadah ganja seberat kira-kira 75 gram,” katanya.

Menurut Shanmugamoorthy, semua suspek ditahan reman bermula hari ini sehingga Jumaat untuk disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN