SHAH ALAM – Proses pembersihan Sungai Klang yang tercemar dengan sisa disyaki bahan kimia akan dijangka mengambil masa selama dua hari. Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata, proses pembersihan itu akan dilakukan oleh kontraktor yang telah dilantik dengan kerja-kerja berkaitannya telah dilakukan bermula pagi ini. Katanya, arahan tindakan segera itu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kepada penduduk sekitar. “Saya juga telah meminta agar Unit Bencana Negeri Selangor memantau keadaan…










