Dua beranak maut Perodua Alza langgar penghadang jalan - Utusan Malaysia

Dua beranak maut Perodua Alza langgar penghadang jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI – Dua beranak maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dinaiki lima sekeluarga terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di Kilometer (KM) 36.8 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini pagi semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.13 pagi itu, mangsa, M. Samima Barvin Mohd. Ali, 34, dan anaknya, Shahina Shahanas Mohamed Sharif, 6, meninggal meninggal di tempat kejadian akibat cedera parah pada anggota badan.

Kemalangan itu turut menyebabkan pemandu yang juga suami serta bapa kepada mangsa, Mohamed Sharif Anapana Mohamed Kassim, 38, dan anaknya, Sharifathul Shaliha, 10, serta saudaranya, Gulan Dasthagir Abdul Hameed mengalami kecederaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, ketika kejadian kenderaan dinaiki lima sekeluarga itu dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru di sini.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas sebelum melanggar besi penghadang jalan di laluan terbabit.

“Kemalangan itu menyebabkan besi penghadang jalan menembusi cermin sehingga terperusuk ke dalam kenderaan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beng Yeow berkata, akibat kemalangan itu, seorang kanak-kanak perempuan dan seorang wanita dewasa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini untuk bedah siasat manakala mangsa cedera dihantar ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini