KUANTAN 9 Mac – Penampilan pertama Zuhair Aizat bersama skuad Tok Gajah musim ini mendapat pujian pengendali Pahang, Dollah Salleh apabila pemain itu menjaringkan gol tunggal skuad itu bagi menewaskan Helang Merah 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini malam semalam. Dollah berkata, jaringan Zuhair pada minit ke-85 perlawanan benar-benar melegakan segala tekanan yang dirasai pasukan itu. Bekas jurulatih kebangsaan itu memuji keberanian Zuhair menggelecek sehingga…










