SAUDARA PENGARANG,
SAYA peminat setia stesen Radio Klasik. Merujuk surat daripada Pendengar Radio, Kuala Lumpur dalam ruangan ini pada 22 Februari lalu, menarik perhatian saya untuk mengulas sedikit tentangnya.
Saya mengenali juruhebah (DJ) yang dimaksudkan. Pendapat saya ialah, tidaklah selalu teka-teki yang disiarkan memualkan dan mungkin itu pun terlepas daripada perhatian DJ tersebut. Biarlah kita sebagai pendengar tidak begitu memikirkan sangat tentang prosedur operasi standard (SOP) dan sebagainya asalkan terhibur dan tidak menghilangkan tatasusila ketika ke udara.
Sepanjang saya mengikuti siarannya, memang dia seorang DJ yang cukup mesra pendengar. Malah keseluruhan Dj Radio Klasik memang terbaik dan mesra seperti DJ Epi Syafik, DJ Harris, DJ Adi Suwardi, DJ Yatt, DJ Dik Non dan ramai lagi.
DZANMUO
Bakri, Muar











