KUALA LUMPUR 15 Mac – Keputusan kerajaan untuk tidak mengisytiharkan darurat bencana di kawasan Pasir Gudang mengejutkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berpendapat, darurat sepatutnya diisytiharkan sejak hari pertama lagi. “Dua ribu orang terkesan tetapi tidak perlu isytihar darurat. Wow… menakjubkan. “Sepatutnya sejak hari pertama dah isytihar darurat dan pindahkan penduduk ke tempat lain buat sementara. Sampai dapat jaminan ia selamat,” kata baginda melalui siri ciapan dalam…










