Czech kehilangan khidmat Vaclik - Utusan Malaysia

Czech kehilangan khidmat Vaclik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRAGUE 20 Mac – Penjaga gol Sevilla, Tomas Vaclik terpaksa diketepikan daripada menyertai aksi pertama Republik Czech dalam kempen kelayakan Euro 2020 menentang England di Wembley selepas mengalami koyakan di bahagian otot.

Doktor berkata penjaga gol itu juga terlepas aksi persahabatan menentang Brazil di Prague pada 26 Mac ini dan Tomas Koubek akan menggantikannya.

“Tomas sedang menjalani pengimejan resonans magnetik. Kami mendapati ototnya mengalami koyakan,” kata doktor pasukan, Petr Krejci dalam satu kenyataan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya lagi, pemain berusia 29 tahun itu yang merupakan Pemain Terbaik Czech pada tahun 2018 perlu berehat selamat dua minggu.

Vaclik cedera di perutnya ketika beraksi bersama Sevilla menentang Slavia Prague dalam aksi Liga Europa dua minggu lalu selepas dia terlanggar tiang gol ketika cuba mengasak percubaan lawan apabila perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri 2-2. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini