BUKANLAH sesuatu yang mengejutkan apabila Pengerusi Bersatu Tun Dr. Mahathir Mohamad ‘melompat’ apabila UMNO dan Pas menjalinkan kerjasama secara rasmi. Hujah pemimpin politik berusia 94 tahun tersebut, kerjasama antara kedua-dua parti itu adalah usaha mengembalikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin dan menghalalkan semua jenayah yang didakwa dilakukan bekas Perdana Menteri itu. Entah dari mana Dr. Mahathir mendapat idea untuk berhujah demikian sedangkan Najib bukan lagi berada dalam kepemimpinan…










