KUALA LUMPUR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) belum menerima aduan berkaitan peningkatan harga sayur dan masalah bekalan hasil tani akibat fenomena gelombang panas setakat ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Ishak berkata, bagaimanapun pihaknya tetap melakukan pemantauan sebagai langkah persediaan seandainya cuaca panas berlarutan dan menjejaskan bekalan hasil tani di pasaran. “Sebenarnya, keadaan ini (cuaca panas) memberi kebaikan kepada tanaman berdaun hijau seperti kobis dan sawi kerana ia mempercepatkan tempoh…










