City tiada masalah fokus 4 kejuaraan - Utusan Malaysia

City tiada masalah fokus 4 kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 30 Mac – Manchester City tidak berdepan masalah untuk terus memberi tumpuan pemburuan empat kejuaraan musim ini meskipun bakal berkunjung ke Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris, hari ini.

Juara bertahan itu berpeluang untuk merampas semula kedudukan teratas liga seandainya menang di Craven Cottage sebelum aksi Liverpool menentang Tottenham di Anfield, esok.

Selepas menjulang Piala Liga, City akan bertemu Brighton bagi aksi empat pasukan terbaik Piala FA dan akan berdepan Spurs di suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehingga kini masih belum ada mana-mana pasukan berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selain Manchester United pernah melakukannya pada musim 2008-09.

“Sudah lebih 10 tahun perkara itu berlaku dan pemain sedar akan kesukaran yang bakal dihadapi.

“Perkara ini sudah dibincangkan sekian lama dan kami perlu berikan segalanya untuk meraih kemenangan dalam setiap perlawanan.

“Kami perlukan mentaliti juara dan pada masa sama jangan fikir siapa lawan kami,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini