Ceramah ustaz Kazim dibatalkan, 3,000 pengunjung hampa - Utusan Malaysia

Ceramah ustaz Kazim dibatalkan, 3,000 pengunjung hampa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 2 Mac – Kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) didakwa telah membatalkan sebuah ceramah agama melibatkan penceramah popular Datuk Ustaz Kazim Elias dan Pencetus Ummah (PU) Rahmat yang sepatutnya berlangsung di Semarang, Batu Pahat, malam tadi.

Lebih menyedihkan, pembatalan itu dimaklumkan pada saat-saat akhir setelah kira-kira seramai 3,000 pengunjung menghadiri lokasi ceramah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semarang, Datuk Samsolbari Jamali berkata, penganjuran ceramah ilmu itu diuruskan pihak Waqaf An-Nur Johor Corporation (JCorp) dengan kerjasama masyarakat tempatan.

KIRA-KIRA 3,000 pengunjung hadir bagi mendengar ceramah Ustaz Kazim Elias namun hampa apabila progra
KIRA-KIRA 3,000 pengunjung hadir bagi mendengar ceramah Ustaz Kazim Elias namun hampa apabila program tersebut dibatalkan pada saat akhir di Semarang, Batu Pahat, Johor, malam tadi. – UTUSAN ONLINE

“Pembatalan pada saat-saat akhir itu amat mendukacitakan masyarakat yang hadir bukan sahaja dari Semarang, tetapi juga daripada kawasan sekitar.

“Pada ketika masyarakat mendahagakan ilmu agama khususnya, pembatalan program seperti ini dibuat walaupun kerajaan hari ini mengatakan mereka mengamalkan demokrasi dalam pentadbiran,” ujarnya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

KAZIM
 

Hari ini tular dalam media sosial beberapa keping gambar dan video berdurasi 2 minit 25 saat yang menunjukkan seorang individu memberitahu hadirin yang hadir bahawa majlis tersebut dibatalkan pihak kerajaan negeri.

Difahamkan juga kedua-dua penceramah jemputan itu telahpun tiba di lokasi ceramah sebelum dimaklumkan pembatalan program berkenaan pada saat-saat akhir. – UTUSAN ONLINE 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN