KUALA LUMPUR 8 Mac – Buku berjudul ‘If Mayors Ruled The World’ menjadi inspirasi kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dalam mentadbir bandar raya ini ke arah yang lebih baik pada masa akan datang.
Katanya, hasil karya Benjamin Barber itu merupakan bahan bacaan kegemarannya sejak tahun 2015 ketika masih menjawat jawatan sebagai Yang diPertua Majlis Perbandaran Subang Jaya.
“Antara yang dikongsikan dalam buku itu adalah bagaimana sesebuah bandar raya itu berjaya menjadi bandar raya bebas karbon dan juga bagaimana pentingnya seorang Datuk Bandar untuk berfikir di luar kotak.
“Buku tersebut turut menjadi inspirasi dan rujukan kepada 15 Datuk Bandar dari pelbagai bandar raya dan negara dalam pentadbiran mereka,” katanya ketika berkongsi buku kegemaran pada sesi Bacaan Ke-gemaran Saya bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur dan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Menara 1 DBKL di sini hari ini.
Tambah Nor Hisham, ilmu yang diperolehi daripada buku tersebut akan dikongsi dan diamalkan sepanjang pentadbirannya sebagai Datuk Bandar. – UTUSAN ONLINE











