KOTA BHARU 2 Mac – Pas menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pihaknya membayar RM1.4 juta kepada pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown sebagai sebahagian daripada persetujuan penyelesaian saman Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di luar mahkamah, bulan lalu. Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan, bukti dikemukakan Clare seperti beberapa gambar salinan dokumen termasuk sekeping cek Bank Islam tertera nilai RM1.4 juta tersebut menunjukkan bayaran itu bukan dibuat sama ada oleh…










