Buka ruang rundingan, bukan usir penyewa - Utusan Malaysia

Buka ruang rundingan, bukan usir penyewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mac – Kerajaan Negeri Pulau Pinang disaran membuka ruang rundingan seluas-luasnya bagi mencari jalan penyelesaian dengan mengambil kira kesusahan penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Taman Manggis, Georgetown.

Ini berikutan lebih 20 penyewa PPR di kawasan di usir keluar kerana telah melanggar beberapa syarat untuk mendiami kawasan berkenaan.

Setiausaha Agung Gerakan Belia 4B Malaysia (GB4BM), Mohamad Nazri Abdul Latiff memberitahu, pihaknya mengikuti rapat perkembangan penyewa di kawasan tersebut di mana mereka diusir keluar setelah kediaman disita Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Umum mengetahui mereka telah melanggar terma syarat kelayakan untuk menduduki rumah berkenaan.

“GB4BM berpandangan kerajaan negeri Pulau Pinang seharusnya membuka ruang rundingan seluas-luasnya dengan mengambil kira kesusahan yang dihadapi mereka dalam menempuh cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, pihaknya kesal dengan tindakan sitaan yang diambil tanpa memikirkan situasi keluarga penyewa yang rata-rata mempunyai anak kecil malah kini mereka dikatakan bermalam di perkarangan Perkarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, arahan itu dibuat berdasarkan konsep PPR yang hanya membenarkan penyewa mendiami perumahan bagi tempoh lima tahun sahaja.

Katanya, majoriti penyewa yang di usir telah menetap di situ bagi tempoh 10 sehingga 11 tahun. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini