Sebelum ini wujud suara-suara sumbang yang meragui kemampuan Brie Larson membawa watak adiwira dalam filem Captain Marvel yang kini ditayangkan di pawagam saentero dunia. Ramai tidak bersetuju dengan pemilihan Brie atau nama sebenarnya, Brianne Sidonie Desaulniers memegang watak sebagai Captain Marvel. Alasan mereka pelbagai. Ada yang berpendapat fizikal wanita itu tidak sesuai, tidak cukup humor, saiz punggungnya leper tidak seperti digambarkan dalam komik dan banyak lagi alasan yang menjatuhkannya. Ironi,…










