Bergaduh dengan teman wanita, lelaki parah bakar diri - Utusan Malaysia

Bergaduh dengan teman wanita, lelaki parah bakar diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT 19 Mac – Seorang lelaki melecur teruk selepas membakar dirinya sendiri dalam kejadian di Kampung Bintang, Sitiawan di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 7.40 petang itu, lelaki berusia 21 tahun itu melecur hampir 90 peratus bahagian badannya.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, mangsa dipercayai membakar diri sendiri disebabkan bergaduh dengan teman wanitanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kejadian berlaku di tempat letak kenderaan di hadapan sebuah rumah di Kampung Bintang di sini.

“Terdapat beberapa orang saksi kejadian dan tempat kejadian juga mempunyai rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV).

“Lelaki berkenaan dihantar ke Hospital Seri Manjung dan kini dalam rawatan kecemasan di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhammad Hanif, pihak polis masih lagi meneruskan siasatan dan merakam percakapan saksi lain serta menganalisa imej CCTV yang diperoleh.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu cuba bunuh diri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini