Beratus lagi anggota Daesh serah diri - Utusan Malaysia

Beratus lagi anggota Daesh serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGHOUZ 14 Mac – Beratus-ratus lagi anggota kumpulan militan Daesh dan ahli keluarga mereka menyerah diri kepada Tentera Demokratik Syria (SDF) yang disokong Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Rauters melaporkan, mereka berjalan sebaris melalui kawasan bukit yang berbatu-batu disertai wanita dan kanak-kanak menangis sambil membawa beg pakaian masing-masing.

SDF memberitahu, kebanyakan mereka adalah anggota militan asing.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut pasukan tersebut, kumpulan Daesh tersebut telah melancarkan tiga serangan balas dalam tempoh dua hari dengan mengerahkan lebih 20 pengebom bunuh diri.

“Pihak kami telah menghalang usaha kumpulan militan tersebut untuk membuat sebarang kemajuan (serangan balas,” katanya di sini hari ini. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini