Bencana toksik: Ambil tindakan paling tegas! - Utusan Malaysia

Bencana toksik: Ambil tindakan paling tegas!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mac – Setiap syarikat yang menjadi suspek dalam insiden pencemaran gas toksik di Pasir Gudang, Johor perlu dikenakan hukuman paling berat sekiranya didapati bersalah.

MOHD. AZIZEE HASAN
MOHD. AZIZEE HASAN 

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim (iGuru), Mohd. Azizee Hasan berkata, hal itu kerana kesalahan yang dilakukan oleh syarikat terlibat bukan sahaja mencemarkan alam sekitar malah turut mengancam nyawa penduduk setempat khususnya murid-murid sekolah.

“Kita kesal dengan kelewatan tindakan kes ini yang memberi kesan buruk kepada kesihatan orang ramai dan berharap kerajaan negeri mengambil tindakan segera untuk menghukum dan mengutamakan keselamatan murid-murid,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengulas lanjut, tambahnya, dia turut menggesa semua pihak untuk mengambil langkah-langkah keselamatan mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan untuk menghadapi bencana tersebut.

Katanya, semua pihak termasuk agensi kerajaan, pihak sekolah, persatuan ibu bapa dan guru serta ibu-bapa perlu bekerjasama mengangani isu ini selain mendapatkan nasihat daripada pihak berkaitan supaya tiada maklumat palsu menjadi tular. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini