Bekas pemimpin MIC maut kereta langgar pokok - Utusan Malaysia

Bekas pemimpin MIC maut kereta langgar pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 3 Mac – Bekas Pengerusi MIC Bahagian Rasah, Datuk G. M. Kannan, 79, maut dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Rasah Jaya dekat sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…
G.M Kannan
G.M Kannan 

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.20 tengah hari itu, kereta jenis Perodua Myvi dipandu mangsa yang dipercayai dalam perjalanan ke Taman Thivy Jaya terbabas dan melanggar sebatang pokok di tepi jalan tersebut.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, kereta itu hilang kawalan lalu terbabas memasuki belukar dan melanggar sebatang pokok di persimpangan jalan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Hock Poh berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Hamlan Ishak berkata, pihak bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Beliau berkata, operasi mengeluarkan mangsa itu membabitkan seramai lapan anggota termasuk dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN