Bekas pemimpin kanan MIC maut kemalangan - Utusan Malaysia

Bekas pemimpin kanan MIC maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI 27 Mac – MIC kehilangan bekas pemimpin kanan Tan Sri S. Balakrishnan, 65, selepas bekas Naib Presiden parti itu dan tiga lagi individu maut dalam kemalangan di Kilometer 33, Lebuh Raya Utara Selatan di sini tengah malam tadi.

Pengerusi MIC Johor, R. Vidyananthan berkata, kejadian itu menyebabkan MIC negeri kehilangan dua bekas pemimpin termasuk bekas Penolong Setiausaha MIC negeri K. Ramachandran.

“Tan Sri (Balakrishnan) merupakan seorang pemimpin yang baik dan saya merasa bertuah pernah bekerja di bawahnya sebagai setiausaha ketika beliau menjawat jawatan Pengerusi MIC negeri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Isteri Ramachandran, G. Manomani, 44, berkata suaminya tidak memberikan apa-apa petanda sebelum pemergiannya.

“Sehari sebelum kejadian, kami ada berhubung melalui telefon ketika beliau berada di sana, perbualan kami bia­sa dan dia bercakap baik dengan saya. Kira-kira pukul 12 tengah malam, saya te­rima panggilan memberitahu suami kemalangan,” katanya.

Balakrishnan dan Ramachandran, 51, serta dua yang lain iaitu G. Ravi, 55, dan A. Ragu, 47, dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru selepas mengha­diri upacara pengebumian bapa mentua seorang rakan mereka di Melaka apabila kemalangan berlaku.

Tiba di tempat kejadian, Toyota Vellfire dinaiki mereka dirempuh sebuah lori kontena yang terbabas ke laluan bertentangan setelah melanggar besi pembahagi jalan.

Pemandu Toyota Vellfire, V. Vishnukumar, 44, cedera di bahagian dada manakala dua lagi penumpang tidak cedera.

Ketua Polis daerah, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, sebuah kereta lain kemudian merempuh Toyota Vellfire berkenaan.

Katanya, kesemua mayat dibawa ke Hospital Kulai untuk bedah siasat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini