Bedah siasat warga Myanmar mati akibat renjatan elektrik - Utusan Malaysia

Bedah siasat warga Myanmar mati akibat renjatan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Hasil bedah siasat terhadap seorang remaja lelaki warga Myanmar maut dipanah petir di padang bola sepak Akademi Badminton Setia Alam di sini, petang semalam didapati meninggal dunia akibat renjatan elektrik.

Difahamkan, mangsa yang maut dalam kejadian 5.05 petang itu menggunakan telefon bimbit ketika kejadian sebelum disambar petir. 

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, keputusan laporan bedah siasat itu dilakukan doktor forensik di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jenazah mangsa telah dituntut oleh ahli keluarganya kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi untuk urusan pengebumian di sebuah tanah perkuburan di Batu Empat, Meru.

“Mangsa yang koma semalam iaitu Abdul Rahman Abul Hussin, 30, masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dengan pengawasan doktor,” katanya dalam  kenyataan di sini hari ini. 

Jelas beliau, dua lagi mangsa iaitu Kamaluddin Abu Tahir, 30, dan Hussein Ahmad Asod Ali, 20, dilaporkan dalam keadaan stabil. 

Kosmo! hari ini melaporkan seorang remaja lelaki warga Myanmar maut manakala tiga lagi cedera dipanah petir dalam kejadian di padang bola sepak Akademi Badminton Setia Alam di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini